Untuk pihak HR

Bicara Jumaat di pejabat anda

Sesi fasilitasi interaktif 60 minit. Cerita, platform digital dan perbincangan dua hala tentang sasaran, integriti dan hubungan pasukan, berpaksikan nilai al-Quran.

Bukan ceramahInteraktifE-book percuma untuk staf
Ibrahim Adham
Ibrahim AdhamCorporate Amanah Facilitator
Tujuan program

Masalah yang staf anda kenal

"Hujung suku tahun. Sasaran belum capai. Ketua minta laporan dikemaskan sedikit. Staf ikut, diam, dan pulang dengan rasa tak sedap hati."

Bicara Jumaat membawa situasi seperti ini ke dalam bilik, lalu membacanya bersama al-Quran. Setiap peserta pulang dengan:

1

Satu kerangka keputusan

Untuk dipakai bila tekanan kerja bertembung dengan nilai.

2

Satu soalan refleksi

Untuk dibawa pulang dan dijawab secara jujur.

3

Satu tindakan 7 hari

Kecil, khusus dan boleh dicuba minggu depan.

Bonus: setiap staf menerima e-book percuma sebagai panduan dan bacaan selepas sesi.

Pendekatan

Ini bukan ceramah 60 minit

Cerita

Ceramah biasaHujah dan nas dibentang berturut-turut.
Bicara JumaatKisah sebenar dari bilik mesyuarat dahulu, kemudian kisah al-Quran yang sepadan.

Teknologi

Ceramah biasaStaf duduk dan mendengar.
Bicara JumaatStaf imbas kod QR, jawab undian dan dilema di telefon. Jawapan bilik terpapar serta-merta.

Dua hala

Ceramah biasaSoal jawab lima minit di hujung.
Bicara JumaatPerbincangan sepanjang sesi. Jawapan staf sendiri menjadi bahan kupasan.

Direka untuk tenaga kerja pelbagai generasi, termasuk Gen Z yang mahu bersuara, bukan sekadar mendengar. Staf bukan Islam dialu-alukan: nas dibentang sebagai sumber nilai, bukan tuntutan amalan.

Apa berlaku dalam sesi

Staf bercakap lebih daripada mendengar

0-5 min

Undian pembuka

Staf jawab satu dilema di telefon. Keputusan bilik terpapar.

5-20 min

Cerita

Kisah sebenar organisasi, dibaca bersama kisah al-Quran.

20-40 min

Dilema dalam platform

Kes pejabat: pilih tindakan, bincang dalam kumpulan kecil.

40-55 min

Kupas dan dialog

Jawapan bilik dikupas bersama, soal jawab dua hala.

55-60 min

Komitmen

Setiap staf taip satu tindakan 7 hari.

Sebelum

Taklimat 15 minit bersama HR

Tajuk disahkan, contoh kes disesuaikan dengan industri anda.

Selepas

E-book dan ringkasan HR

Setiap staf terima e-book percuma. HR terima ringkasan satu muka surat dalam 3 hari bekerja.

Pilihan untuk HR

Tiga tajuk, satu yang kami syorkan

DISYORKAN

Bila KPI Bertembung dengan Amanah

Tiga kes yang biasa berlaku: angka jualan yang "dibulatkan", laporan yang dicantikkan, dan arahan pengurus yang tak sedap hati. Paling dekat dengan agenda HR: integriti, pematuhan dan budaya kerja.

NiatUntuk siapa sasaran ini, dan apa yang aku kejar?
CaraAdakah jalannya jujur dan adil kepada semua pihak?
KesanSiapa yang menanggung akibatnya nanti?

Hasil peserta: cara menilai tindakan yang mencapai sasaran tanpa menipu atau menzalimi orang lain.

PILIHAN 02

The Office Has No Angels

Apabila manusia membawa ego, sangkaan dan kepentingan diri ke tempat kerja, bagaimana kita kekal adil?

Isi utama
  • Membaca konflik tanpa cepat menghukum
  • Mengurus gosip, kredit kerja dan rasa tidak dihargai
  • Membina satu respons yang lebih amanah

Hasil peserta: satu pilihan tingkah laku untuk memperbaiki hubungan kerja minggu ini.

PILIHAN 03

Finding Your Work Purpose

"Mengapa saya bekerja?" ialah soalan yang lebih besar daripada jawatan dan slip gaji. Melalui kisah Nabi Adam a.s. dalam Surah al-Baqarah (2:30-37), peserta melihat amanah, kesilapan dan cara bangkit semula dalam kerja harian.

Hasil peserta: pernyataan tujuan kerja peribadi dan satu tindakan tujuh hari yang realistik.

Contoh dan kes dalam sesi disesuaikan dengan industri syarikat anda.

Penyampai
Ibrahim Adham
Ibrahim AdhamCorporate Amanah Facilitator
Director, AWQAF Education Sdn Bhd

Quran & Sunnah + MBA: gabungan yang jarang

Ustaz faham nas tetapi jarang memegang KPI. Jurulatih korporat faham KPI tetapi meminjam ayat. Ibrahim berdiri di tengah-tengah.

Bahasa nas
  • Ijazah Pengajian Quran & Sunnah, USIM (4x Anugerah Dekan)
  • Sedang menulis buku Waqaf Korporat
Bahasa korporat
  • MBA, Macquarie Graduate School of Management
  • COO dan pengarah syarikat: KPI, bajet, Lembaga Pengarah
20 tahun di dalam organisasi
Kerajaan negeriYayasan Pembangunan Keluarga Johor
GLCPETRONAS
Waqaf korporatAWQAF Holdings
SwastaAWQAF Education, AHB Fintech, PSN Publication, Coffee Planet
Format dan pelaburan

RM1,000 untuk satu sesi lengkap

Yuran sesiRM1,500
Ditaja oleh AWQAF Holdings Berhad- RM500

Bayaran syarikat
RM1,000
RM500 ditanggung sepenuhnya oleh AWQAF Holdings Berhad. Syarikat hanya membayar RM1,000. Bukan program tuntutan HRD Corp.
Masa
60 minit fasilitasi interaktif, Jumaat pagi
Peserta
Sehingga 80 orang dalam satu bilik
Bahasa
Bahasa Melayu santai, bercampur Inggeris
Keperluan
Projektor, mikrofon dan Wi-Fi untuk peserta
Lokasi
Lembah Klang tanpa caj perjalanan; luar Lembah Klang dibincang
Slot
Satu syarikat sahaja setiap Jumaat
Percuma
E-book panduan untuk setiap peserta
Langkah seterusnya

Tempah dalam tiga langkah

1

Pilih tajuk

Atau terima tajuk yang disyorkan.

2

Cadang dua tarikh Jumaat

Kami sahkan dalam 1 hari bekerja.

3

Hantar alamat pejabat

Taklimat 15 minit dijadualkan selepas itu.

WhatsApp untuk tempah sesi